ceritera seorang si pemakai stiletto

bukan hajat untuk menambah tinggi yang sedia ada sedikit. syukur kepada SI PEMBERI NIKMAT agung...tapi si pemakai stiletto punya hasrat jiwa kontang agar ada oasis gah terjumpa di Gurun Kyzyl Kum di selatan tengah glob. Radius kita mungkin sama. Si pemakai wedges, si pemakai but tinggi, si pemakai sneaker, si pemakai kasut apek... kamu dan aku berkasut dan punya ceritera sendiri. setinggi mana tumit kamu? biarkan si pemakai stiletto tinggal di sini. kamu mahu bersama? silakan. tapi berhati-hati. Selamat ke atas kamu penduduk semesta.

Sunday, November 28, 2010

mahu menjadi salinan kedua si pemakai stiletto. PALSU!


hidup kita ada getaran pada skala yang sentiasa berbeza
aliran hemoglobin merah di neuron-neuron fikir juga sentiasa berbeza
tidak ada pernah ada kesamaan formula kamu dan formula si pemakai stiletto..sentiasa berbeza
ingin menjadi sama? tak mungkin. kerana semuanya sentiasa berbeza
palsu? itu kamu bukan si pemakai stiletto kerana beza itu tetap ada

lihat repitasi pada berkata berbeza.
perkataan bersemantik hanya mampu difahami oleh mereka yang mempunyai membran fikir sama seperti si pemakai stiletto
mahu jadi kriminal yang sentiasa disumpah pereka-pereka kasut beraneka?
huh! kita tetap berbeza. tidak akan pernah sama.

artistik sungguh satu luahan
eksotik sungguh satu emosi tak terluahkan.
salinan kedua si pemakai stiletto?
huh! lari dari jalanku. (get out of my way!)

Saturday, November 27, 2010

pena itu tidak lagi berdakwat

berdebar rasa kardium jantung
menanti desibel bunyi normal dihuraikan dalam fon-fon teringkas
leksikal kata mungkin sudah di luar rasional
maaf.
si pemakai stiletto tidak sengaja
aku kibarkan bendera putih kain chiffon lembut
melambai tanda aku tewas
tewas berjalan dengan stiletto di kawasan berbatu, becak penuh lopak
biarkan si pemakai stiletto ini pergi ke kawasan jiwa abstrak
tanpa mana-mana figura sedar aku wujud atau aku sudah hilang di atmosfera perspektif
mungkin satu fonik mudah dapat dilontarkan artikulasi pemakai kasut beraneka. "JAHAT"
si pemakai stiletto ini memang JAHAT
formula BAIK tidak pernah ada.
hilang ditelan karbon hidroksida masa
injap bikuspid mula mencari cela injap trikuspid
saat itu juga osteoporosis menyerang senyap
biarkan aku berhenti berjalan
si pemakai stiletto mohon maaf!

*sedih*

Thursday, November 25, 2010

figura MYY vs si pemakai stiletto

saat ekuinoks malaya melanda
satu voltan tinggi mengejutkan si pemakai stiletto
figura MYY tiba datang menjengah platform jiwa
bermain? ya..aku juga turut bermain
meski aku tahu bahaya main guna kasut tumit tinggi
aku main juga..seronok
suka lihat spekulasi pelbagai pemakai kasut beraneka
bagaikan litar pintas tidak berwayar bumi
dramatisasi ekstravaganza tidak lagi realia
bermain? Ya..aku masih bermain
Di mana figura MYY? ya..masih bermain sama
abstrak, keliru, retro, epik.
ooopppsss...si pemakai stiletto disaman trafik udara.
figura MYY...sila terbang!

Wednesday, November 17, 2010

menguntum senyum di lampu merah

aku bayangkan aku pakai Honda HNX. warna hitam kilat.
lalu tepi bangunan. semua kepala berpusing.
bukan lihat kereta tapi siapa yang membawanya.
vrooomm...aku tekan minyak. laju dan laju lagi..

oopppssss...lampu merah.
berhenti (ala-ala arahan skuad kawat kaki abang-abang polis PULAPOL)
kulihat kiri kanan..adakah orang lihat aku bawa Honda mahal ini?
di sebelah guna Kenari Putih. perempuan. manis. pakai tudung ala-ala Yunalis Zarai.
di sebelah guna motorsikal. juga Honda. huh! sama saja jenama. mesti setaraf.
di depan apek tua pakai basikal Vintage. hebat.

tak ada yang serupa aku. tekan minyak guna stiletto tumit tinggi. (biar sakit asal bergaya)
bak kata Joyah yang juga si pemakai stiletto, nak cantik korban sikit do...
tapi ada satu yang sama.
aku, si Yunari (Yuna pakai Kenari), Honda capok, apek Vintage...
menguntum senyum di lampu merah...

galeria restro bualan kedai kopi cappuchino


semua macam sibuk.

sibuk bergosip

buat kontroversi buta tak ada asal usul

di depan ada cawan cap ayam

tapi tertulis jenama GIACOMO

memang terbaik dari ladang.


semua macam sibuk

airnya?

bukan kopi kisar kedai cina zaman dahulu kala

ada buih macam shampu pantene

minum cappuchino cakap pun macam edward de bono

di rumah?

"Jah..oh Jah..buatkan kopi kapal api untuk abang...betul-betul kaw"

erkkk? minum kopi jenama Malaysia juga?


menonton galeria restro

semua bergerak bagai ada gempa bumi berskala ritcher terganas

entah..alpa, lupa, asyik, rasheb (singkatan rasa hebat)

yang berbual?

segala restro dicanang. entah betul entah tidak.

sumber? Macam-macam ada.

sedangkan dia sedang berdisko. mabuk kepayang.

tak ada yang betul. galeria restro galeria disko semua jadi bualan.

sambil minum cappuchino panas. berbuih-buih (bukan shampu) berasap-asap (bukan rokok)


si pemakai stiletto?

hanya mampu memandang dari luar pintu lutsinar

duit hanya tinggal RM1.80

minum kopi susu saja di warung Badul.

garu kaki dan blah pergi.



ajar guna kapur bukan guna hambur!

si pemakai stiletto bengang terlampau.
ya...terlampau bengang..
istilah lebih sopan?
tiada. biar bengang dengan adabnya yang kurang sopan.
baru orang tahu si pemakai stiletto bengang.

tak beradab?
biar. aku rela jadi tak beradab daripada diberi makan sedap tapi disumpah debab.
tak mengenang budi?
biar. aku rela mati terkangkang ditimpa mentari daripada dipuji tapi dikeji
kurang pandai?
biar. aku rela jadi bodoh daripada diajar oleh babi hutan bermuka pari-pari

ajar biar guna kapur
aplikasi pedagogi
simulasi andragogi
erkk? si pemakai stiletto omong serupa dia guru? (hanya pemakai stiletto yang tahu)
set induksi perlu gempak
baru si pemakai stiletto tak berganjak
guna teknik haprak
ayam turki pun boleh terberak. (maaf...agak kotor di sini)

aku ada duit. mahu?
sila beli mesin penapis mulut
supaya tidak ada bendasing sial terhambur (tidak ada niat menyumpah.)
beli jenama Jepun.
ingat..ajar guna kapur bukan guna hambur.

huh! lapar.

si stiletto singgah sebentar. makan kari ayam turki. raya haji sudah di kalendar! selamat buat semua pembaca Quran, penyembah Allah.

saat si pemakai stiletto jatuh cinta pada tun boja bistara

Sekali kerlingan pada daerah pelangi kata

Aku terkesima penuh ilusi jingga

Papa aku rupanya bila berpena

Kornea masih terpana pada bicara tun boja

Hebat..cukup hebat dia

Tak mustahil hidupnya ada 61saat seminit

Mungkin juga 61minit sejam

Mungkin juga 25 jam sehari

Dan kritikalnya mungkin 8 hari seminggu

Hari kelapan itu hari apa? Hari tun boja bistara? Atau dalam bahasa si rambut cornrow..bojaday?

Halus halusinasinya memukau

Pukauan si figura malaya tingkahku

Buat semua penangkap ikan jadi buas

Buas hendak jadikan hiasan di akuarium kaca

Di akuarium dia bisa bicara sama bulan, jenaka tanpa ketawa

Tun boja petik gitar tanpa tali

Lahir muzikal hati dansa-dansa lagi

Kotak? Kotak hitam atau kotak legam?

Tertulis satu kata. Ralat atau palat

Mungkin ralat kata si rastafari bukan palat seperti si afro

Spektrum aku makin luas

Bila dicanang akustiknya oleh sang pemikir hebat

Tiada noktah di sini

Kerana titik terakhir itu bukanlah noktah.

Akanku tonton pentas opera tun boja

Kerana aku sudah jatuh cinta!


mahu tahu siapa cinta halimunan yang si pemakai stiletto bertepuk sebelah tangan?

berjalanlah ke laman tun boja.

*psstt...sampaikan salamku pada dirinya ok! nah..ambil ciuman ini. (malu)

si pemakai stiletto menangis...


tersadung lagi.
cari losyen kuning untuk disapu pada luka.
platelet darah nampaknya bersembunyi
dibiarnya hemoglobin merah cerah itu mengalir
deras. hebat. cukup tak tertahan.
huh!

aku tahan. tapi aku menangis.
bukan menangis..tapi aku tak tertahan.
entah apa-apa entah emosi aku.
pakai kasut tumit tinggi stiletto buat aku merana.
tapi aku memang si pemakai stiletto.
tak mungkin aku akan memakai aneka alas kaki

aku tetap aku.
siapa kamu?
ooopss..diam..
kamu si pemakai sneaker
kamu si pemakai primigi
kamu si pemakai capezio dance
kamu si pemakai kasut cap apek
semua ada nama.

biar aku tersadung. biar aku luka.
kerana aku tetap si pemakai stiletto.
boleh beri aku sapu tangan sintetik?
aku ingin lap air mata tumpah.

si pemakai stiletto tersenyum kembali
dengan luka statik!

Tuesday, November 16, 2010

berteduh di stesen bas




si pemakai stiletto tidak henti-henti merayau.
rayau ke Bali
rayau ke Maghribi
tapi di kaki tetap stiletto
seronok

tap..tap..tap..
hujan turun.
stiletto dibuka.
boleh mati kalau terjatuh
singgah berteduh di stesen bas mini
banyak cikaro-cikaro bermotor menumpang sama
pandang-pandang...
apa pandang-pandang? macam tak penah tengok stiletto tak di kaki
hujan. stiletto ini mahal. nanti rosak.
buat muka sombong tapi tak sombong
buat muka benci tapi tak benci
cuma minta puji.
istilah muka bumi. banyak muka-muka daripada isi.
huh!

hujan berhenti.
pasang stiletto..jalan lagi.
lopak air banyak terpijak.
tak mengapa..janji berjalan kerana ada kaki.
kaki ada untuk berjalan
iris mata tiba-tiba terbuka
membiarkan cahaya menapak di bintik kuning
cantik, indah, tertawan, hebat
pelangi di hadapanku. dongakku ke atas.

terfikir aku di serebrum minda
pelangi hanya melingkar
lepas hujan turun
maksudnya?
biar si pemakai alas kaki beraneka berfikir.
maaf. saya mahu terus berjalan.


kisah joyah dan encik tebab



letih..jalan-jalan di tepi jalan semua benda berjalan..siapa yang tak berjalan?


wiwit!!!
saat berjalan-jalan di dinding muka buku
romantika dua boneka
sama boneka sama tak bernyawa
yang bernyawa?
joyah dan encik tebab
apa khabar? telegram berita.

mahu bermain permainan jiwa?
agak bahaya tapi seronok untuk dimainkan bersama
dup dap dup dap
bermain sahaja tapi terasa bagai benar-benar
tak benar-benar memang pun bermain sahaja
orang lain? melihat pakai mata
tapi tak nampak kami bermain
orang lain? mendengar pakai telinga
tapi tak dengar kami bermain
suka permainan ini tapi takut
saya lambaikan bendera putih
dengan tangan kiri sebab tangan kanan tak sudi. huh!
saya takut tersadung
kasut stiletto saya tinggi.
lihat kasut bukan kaki!

perenggan satu si pemakai stiletto


dinding banyak baik diisi benda perlu
taklah banyak sangat gejala cerita biru
klik sana klik sini semua buat mata berabu
aduh...terseliuh kaki si pemakai stiletto
di awangan bersama si ghetto
menerawang menembusi kumulonimbus
tiba-tiba terasa diserang angin kus-kus
saya pulang dulu

adakah saya sudah disumpah cinta
jatuh tiba-tiba
persetankan..dansa ini dansa mulia.
tak pakai kaki. pakai jari.
kalau marah saya cari ganti.
ada siapa-siapa mahu sama si pemakai stiletto?
Lampu Hijau! Jalan!