ceritera seorang si pemakai stiletto

bukan hajat untuk menambah tinggi yang sedia ada sedikit. syukur kepada SI PEMBERI NIKMAT agung...tapi si pemakai stiletto punya hasrat jiwa kontang agar ada oasis gah terjumpa di Gurun Kyzyl Kum di selatan tengah glob. Radius kita mungkin sama. Si pemakai wedges, si pemakai but tinggi, si pemakai sneaker, si pemakai kasut apek... kamu dan aku berkasut dan punya ceritera sendiri. setinggi mana tumit kamu? biarkan si pemakai stiletto tinggal di sini. kamu mahu bersama? silakan. tapi berhati-hati. Selamat ke atas kamu penduduk semesta.

Tuesday, January 25, 2011

surat kepada encik sial bin celaka!


ke hadapan encik sial bin celaka yang telah lama terduduk simpuh di pentas ketenangan,
setelah lama bergurau senda, bertepuk gurau,
mungkin perlu ada tingkat terbaru untuk tahap kecelakaan untuk kamu encik sial.

bukan maksud saya mahu bercemuh bicara di sini tetapi belajarlah untuk lebih peka.
belajarlah untuk lebih faham. belajarlah untuk lebih sensitif. tidak banyak yang perlu. cuma 1% daripada keseluruhan sikap "sensitif,peka,faham" kamu.

tidak perlu bersembah kaki tunjuk kamu hormat. tidak perlu berlutut cium tunjuk kamu hebat. cukup hanya dengan kamu jaga bicara, jaga tuturkata, jaga segala adab yang ada.

sipemakaistiletto tebal tingkat sabarnya. tapi telah luntur juga dengan clorox paling hebat diluahkan daripada mulut kamu encik sial bin celaka. jangan pernah mengata sipemakaikasutaneka hanya kerana satu baris kata daripada si "tidak tahu apa-apa". Sedangkan di luar sana tersenyum simpul dipemakaikasutentahapa-apa dek kerana sikap terlampau tidak pernah dihidu media. oh. mungkin dia cantik. mungkin dia ayu. tapi di juga sama seperti kamu. mungkin perlu diubah namanya menjadi SITI SIAL binti CELAKA. biar seluruh dunia tahu kamu dan dia anak CELAKA!

Maaf jika aku terlalu celaka dan sial bicara di sini. bila terlalu geram sipemakaistiletto juga mungkin membaling stilettonya dan biarkan ia membunuh kamu. Terlalu geram. YA! TERLALU GERAM! Mulai sekarang tak usah berbingung diri, berisau fikir untuk menjaga hati sipemakaistiletto kerana kamu sudah dicatat dengan pen-tidak-akan-dapat-padam (permanent)di buku skrap hitam di hati aku bersama dengan SITI SIAL binti CELAKA.

Sekian, terima kasih. Mohon berundur diri.

Yang benar,
sipemakaistiletto

Sunday, January 16, 2011

altruistik bersama si egoisme


aku bermain jiwa bersama si parasit hati.
seorang egoisme yang dulu pernah aku anggap menjadi si pari-pari
pari-pari yang sentiasa memanggil nama aku si stiletto
tetapi si parasit hati bagaikan mengaku tidak parasit
sedangkan sifat komensalisme itu telah lama pupus
pupus laksana dinasour ganas muka bumi ditelan hebat sang tanah
di mana matahari, di mana bulan, di mana bintang
semuanya bagaikan diketahui oleh si parasit
lantas menipu kepada si aku yang memakai stiletto
pari-pari pula bagaikan terpukau dengan omongan kosong si parasit
ahh..aku tak biasa. biarkan aku terus dengan permainan jiwa.
luka tapi gembira.
mungkin inilah fenomena kalam
si egoismesi akan sentiasa berlawan
altruistik akan terus tenggelam



Friday, December 24, 2010

hai...nama saya si bodoh.


saya si bodoh
berlagak pandai tapi masih bodoh.
tahu bermain api boleh bakar tapi masih main api
tahu bermain air boleh lemas tapi masih main air
tahu bermain jiwa boleh gila tapi masih main jiwa
tidakkah itu definisi lengkap untuk si bodoh?
jangan bebankan saraf kelabu untuk berfikir
kerana pertanyaan itu retorik
menarik, tertarik dan ditarik
bicara semula tentang saya si bodoh dan kamu si dungu
macam berbeza tapi dua-dua sama
main duri guna kaki
guna kaki luka sendi
luka sendi darah tak berhenti
darah tak berhenti apa nak jadi?
tidakkah itu definisi lengkap untuk si bodoh?
sekali lagi..pertanyaan itu retorik.

biarkan aku sendirian berfikir.

* mahu pergi ke jabatan pendaftaran tukar nama jadi siti cerdik.

Sunday, November 28, 2010

mahu menjadi salinan kedua si pemakai stiletto. PALSU!


hidup kita ada getaran pada skala yang sentiasa berbeza
aliran hemoglobin merah di neuron-neuron fikir juga sentiasa berbeza
tidak ada pernah ada kesamaan formula kamu dan formula si pemakai stiletto..sentiasa berbeza
ingin menjadi sama? tak mungkin. kerana semuanya sentiasa berbeza
palsu? itu kamu bukan si pemakai stiletto kerana beza itu tetap ada

lihat repitasi pada berkata berbeza.
perkataan bersemantik hanya mampu difahami oleh mereka yang mempunyai membran fikir sama seperti si pemakai stiletto
mahu jadi kriminal yang sentiasa disumpah pereka-pereka kasut beraneka?
huh! kita tetap berbeza. tidak akan pernah sama.

artistik sungguh satu luahan
eksotik sungguh satu emosi tak terluahkan.
salinan kedua si pemakai stiletto?
huh! lari dari jalanku. (get out of my way!)

Saturday, November 27, 2010

pena itu tidak lagi berdakwat

berdebar rasa kardium jantung
menanti desibel bunyi normal dihuraikan dalam fon-fon teringkas
leksikal kata mungkin sudah di luar rasional
maaf.
si pemakai stiletto tidak sengaja
aku kibarkan bendera putih kain chiffon lembut
melambai tanda aku tewas
tewas berjalan dengan stiletto di kawasan berbatu, becak penuh lopak
biarkan si pemakai stiletto ini pergi ke kawasan jiwa abstrak
tanpa mana-mana figura sedar aku wujud atau aku sudah hilang di atmosfera perspektif
mungkin satu fonik mudah dapat dilontarkan artikulasi pemakai kasut beraneka. "JAHAT"
si pemakai stiletto ini memang JAHAT
formula BAIK tidak pernah ada.
hilang ditelan karbon hidroksida masa
injap bikuspid mula mencari cela injap trikuspid
saat itu juga osteoporosis menyerang senyap
biarkan aku berhenti berjalan
si pemakai stiletto mohon maaf!

*sedih*

Thursday, November 25, 2010

figura MYY vs si pemakai stiletto

saat ekuinoks malaya melanda
satu voltan tinggi mengejutkan si pemakai stiletto
figura MYY tiba datang menjengah platform jiwa
bermain? ya..aku juga turut bermain
meski aku tahu bahaya main guna kasut tumit tinggi
aku main juga..seronok
suka lihat spekulasi pelbagai pemakai kasut beraneka
bagaikan litar pintas tidak berwayar bumi
dramatisasi ekstravaganza tidak lagi realia
bermain? Ya..aku masih bermain
Di mana figura MYY? ya..masih bermain sama
abstrak, keliru, retro, epik.
ooopppsss...si pemakai stiletto disaman trafik udara.
figura MYY...sila terbang!

Wednesday, November 17, 2010

menguntum senyum di lampu merah

aku bayangkan aku pakai Honda HNX. warna hitam kilat.
lalu tepi bangunan. semua kepala berpusing.
bukan lihat kereta tapi siapa yang membawanya.
vrooomm...aku tekan minyak. laju dan laju lagi..

oopppssss...lampu merah.
berhenti (ala-ala arahan skuad kawat kaki abang-abang polis PULAPOL)
kulihat kiri kanan..adakah orang lihat aku bawa Honda mahal ini?
di sebelah guna Kenari Putih. perempuan. manis. pakai tudung ala-ala Yunalis Zarai.
di sebelah guna motorsikal. juga Honda. huh! sama saja jenama. mesti setaraf.
di depan apek tua pakai basikal Vintage. hebat.

tak ada yang serupa aku. tekan minyak guna stiletto tumit tinggi. (biar sakit asal bergaya)
bak kata Joyah yang juga si pemakai stiletto, nak cantik korban sikit do...
tapi ada satu yang sama.
aku, si Yunari (Yuna pakai Kenari), Honda capok, apek Vintage...
menguntum senyum di lampu merah...