ceritera seorang si pemakai stiletto

bukan hajat untuk menambah tinggi yang sedia ada sedikit. syukur kepada SI PEMBERI NIKMAT agung...tapi si pemakai stiletto punya hasrat jiwa kontang agar ada oasis gah terjumpa di Gurun Kyzyl Kum di selatan tengah glob. Radius kita mungkin sama. Si pemakai wedges, si pemakai but tinggi, si pemakai sneaker, si pemakai kasut apek... kamu dan aku berkasut dan punya ceritera sendiri. setinggi mana tumit kamu? biarkan si pemakai stiletto tinggal di sini. kamu mahu bersama? silakan. tapi berhati-hati. Selamat ke atas kamu penduduk semesta.

Wednesday, November 17, 2010

saat si pemakai stiletto jatuh cinta pada tun boja bistara

Sekali kerlingan pada daerah pelangi kata

Aku terkesima penuh ilusi jingga

Papa aku rupanya bila berpena

Kornea masih terpana pada bicara tun boja

Hebat..cukup hebat dia

Tak mustahil hidupnya ada 61saat seminit

Mungkin juga 61minit sejam

Mungkin juga 25 jam sehari

Dan kritikalnya mungkin 8 hari seminggu

Hari kelapan itu hari apa? Hari tun boja bistara? Atau dalam bahasa si rambut cornrow..bojaday?

Halus halusinasinya memukau

Pukauan si figura malaya tingkahku

Buat semua penangkap ikan jadi buas

Buas hendak jadikan hiasan di akuarium kaca

Di akuarium dia bisa bicara sama bulan, jenaka tanpa ketawa

Tun boja petik gitar tanpa tali

Lahir muzikal hati dansa-dansa lagi

Kotak? Kotak hitam atau kotak legam?

Tertulis satu kata. Ralat atau palat

Mungkin ralat kata si rastafari bukan palat seperti si afro

Spektrum aku makin luas

Bila dicanang akustiknya oleh sang pemikir hebat

Tiada noktah di sini

Kerana titik terakhir itu bukanlah noktah.

Akanku tonton pentas opera tun boja

Kerana aku sudah jatuh cinta!


mahu tahu siapa cinta halimunan yang si pemakai stiletto bertepuk sebelah tangan?

berjalanlah ke laman tun boja.

*psstt...sampaikan salamku pada dirinya ok! nah..ambil ciuman ini. (malu)

3 comments:

  1. mahu kucupan tepat ke jantung atau pada permukaan hati. atau aku kucup pada angin untuk sampaikan salam "hai salam kenal" pada kau. *senyum*

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhh...salam halimunan ku tersambut..memang jodoh di atmosfera maya nampaknya. oh tun boja. kamu buat aku tersenyum dengan frekuensi getar hati mengalahkan mesin pengira degup jantung pelari pecut dunia. dan aku terhoyong hayang dalam khayalanku semoga bertemu di dunia tempat ku berpijak! salam kembali dengan kucup mesra di tisu sambil tertulis "Oh Tun Boja. si pemakai stiletto jatuh cinta!"

    ReplyDelete