ceritera seorang si pemakai stiletto

bukan hajat untuk menambah tinggi yang sedia ada sedikit. syukur kepada SI PEMBERI NIKMAT agung...tapi si pemakai stiletto punya hasrat jiwa kontang agar ada oasis gah terjumpa di Gurun Kyzyl Kum di selatan tengah glob. Radius kita mungkin sama. Si pemakai wedges, si pemakai but tinggi, si pemakai sneaker, si pemakai kasut apek... kamu dan aku berkasut dan punya ceritera sendiri. setinggi mana tumit kamu? biarkan si pemakai stiletto tinggal di sini. kamu mahu bersama? silakan. tapi berhati-hati. Selamat ke atas kamu penduduk semesta.

Friday, December 24, 2010

hai...nama saya si bodoh.


saya si bodoh
berlagak pandai tapi masih bodoh.
tahu bermain api boleh bakar tapi masih main api
tahu bermain air boleh lemas tapi masih main air
tahu bermain jiwa boleh gila tapi masih main jiwa
tidakkah itu definisi lengkap untuk si bodoh?
jangan bebankan saraf kelabu untuk berfikir
kerana pertanyaan itu retorik
menarik, tertarik dan ditarik
bicara semula tentang saya si bodoh dan kamu si dungu
macam berbeza tapi dua-dua sama
main duri guna kaki
guna kaki luka sendi
luka sendi darah tak berhenti
darah tak berhenti apa nak jadi?
tidakkah itu definisi lengkap untuk si bodoh?
sekali lagi..pertanyaan itu retorik.

biarkan aku sendirian berfikir.

* mahu pergi ke jabatan pendaftaran tukar nama jadi siti cerdik.

1 comment:

  1. lagi busuk si bodoh yang sombong...
    lagi meloyakan si muka tak malu...walau di kahak, masih merenyih....

    ReplyDelete