ceritera seorang si pemakai stiletto

bukan hajat untuk menambah tinggi yang sedia ada sedikit. syukur kepada SI PEMBERI NIKMAT agung...tapi si pemakai stiletto punya hasrat jiwa kontang agar ada oasis gah terjumpa di Gurun Kyzyl Kum di selatan tengah glob. Radius kita mungkin sama. Si pemakai wedges, si pemakai but tinggi, si pemakai sneaker, si pemakai kasut apek... kamu dan aku berkasut dan punya ceritera sendiri. setinggi mana tumit kamu? biarkan si pemakai stiletto tinggal di sini. kamu mahu bersama? silakan. tapi berhati-hati. Selamat ke atas kamu penduduk semesta.

Sunday, January 16, 2011

altruistik bersama si egoisme


aku bermain jiwa bersama si parasit hati.
seorang egoisme yang dulu pernah aku anggap menjadi si pari-pari
pari-pari yang sentiasa memanggil nama aku si stiletto
tetapi si parasit hati bagaikan mengaku tidak parasit
sedangkan sifat komensalisme itu telah lama pupus
pupus laksana dinasour ganas muka bumi ditelan hebat sang tanah
di mana matahari, di mana bulan, di mana bintang
semuanya bagaikan diketahui oleh si parasit
lantas menipu kepada si aku yang memakai stiletto
pari-pari pula bagaikan terpukau dengan omongan kosong si parasit
ahh..aku tak biasa. biarkan aku terus dengan permainan jiwa.
luka tapi gembira.
mungkin inilah fenomena kalam
si egoismesi akan sentiasa berlawan
altruistik akan terus tenggelam



3 comments:

  1. cita dan laku parasit memang begitu...

    ReplyDelete
  2. yuppi yupp..menempel dan merosakkan. kesannya? hanya si tempat tempel. huh! teruk sungguh si parasit.

    ReplyDelete
  3. ...tapi reranting tetap juga memberi tempat istimewa kepada si parasit di pucuk-pucuk segar..

    ReplyDelete